Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, January 16, 2010

KESINAMBUNGAN dalam perniagaan.



Seperti kata ilmuan terkenal, berniaga jika tidak mempunyai kesinambungan, maka ia bukanlah satu perniagaan.

Kesinambungan itu penting dalam perniagaan, tidak kisahlah perniagaan online ataupun offline. Kesinambunganlah kunci utama dan kebanyakan usahawan yang gagal adalah kerana mereka tidak berupaya untuk mencipta kesinambungan.

Apakah maksud semua ini? kesinambungan pada saya bermaksud bagaimana untuk kita mengekalkan rentak perniagaan kita. Contoh yang senang, hari ini kita mendapat tempahan 100 helai tshirt, kita amat gembira pada dan terlupa untuk membuat promosi pada hari ini.. lantas besoknya kita tidak dapat sebarang jualan. Bagi pekerja makan gaji, isu kesinambungan bukanlah perkara penting untuk mereka fikirkan, pastinya mereka tahu mereka akan mendapat bayaran yang sama setiap hari.

Bagi yang bekerja sendiri, jika hari ini kita dapat RM 50, besok belum tentu lagi untuk kita dapat jumlah yang sama kalau kita tidak pernah berfikir mengenai kesinambungan (pendapatan berterusan)yang dimaksudkan.

Cara untuk terus mengekalkan kesinambungan perniagaan satu satunya adalah promosi yang berkesan secara terus terusan. Semoga kita sama-sama berjaya menghadapi cabaran ini.
Continue Reading

Wednesday, January 6, 2010

Ke Ber Gan Tu Ngan (Kebergantungan)

Assalamualaikum,

Saya pasti bila masuk je tahun baru, smua orang akan menyimpan azam baru kan. Mcm2 didengar, nak lebih berjaya lah nak itu lah nak ini lah... syabas pada smua yang telah berjaya menyempurnakan azam tahun lepas. :)

Sejak kebelakangan ini saya ada terfikir pasal satu perkara ni.. ia basic tetapi sangat penting. Soal kebergantungan. Sejauh mana kita bergantung kepada suatu entiti yang lain. Saya bagi contoh:

1- Seorang anak yang bergantung kepada ibu bapanya/
2- Seoarang pelajar yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk ke sekolah.
3- Seorang pekerja yang bergantung kepada majikannya sebagai sumber kewangan.
dan
4- Seorang Usahawan Internet yang bergantung kepada saluran Internet untuk Menjalankan Perniagaan dan mencari Nafkah untuk keluarga.

Sangat jelas bahawa kita perlukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu dan meneruskan kehidupan. Kapal Layar pun perlukan angin untuk bergerak!


Saya bukannya nak terangkan pasal siapa bergantung pada apa atau siapa.
Saya cuma ingin bertanya beberapa soalan

1-apa akan berlaku jika apa atau siapa itu hilang secara tiba-tiba? 
2-Siapkah kita untuk menghadapinya?
3-Bagaimana? ada alternatif ?

Jadi Renung-renungkan lah dan fikir dengan dalam. Mungkin tidak sekarang tapi masa akan datang siapa tahu.
Continue Reading

Saturday, December 12, 2009

MASA yang berkualiti.


Salam Sejahtera.  Kali ini saya ingin berbicara mengenai masa.. dari perspektif saya. Anda boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang bakal saya bicarakan.

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu berada di dalam kerugian"- Sebegitu ia tercatat di dalam Al-Quran,

Ada orang yang mengejar masa, ada orang yang mencuri masa ada orang yang membuang masa. Masa, Masa Masa, Ia akan datang tetapi tidak akan kembali....Pergi, Pergi dan Pergi.

Bagi saya, MASA yang banyak itu tidak penting. Yang penting adalah MASA yang berkualiti. Pernahkah anda tersedar, kadang-kadang anda punyai banyak masa, anda menggunakan masa itu untuk membuat pelbagai perkara,  tetapi hasilnya kurang memuaskan dan tidak seperti yang diharapkan. Kenapa? bukankah anda punyai banyak masa untuk berfikir, mencuba dan membetulkan keadaan? kenapa masih tidak jadi seperti itu.

Sebenarnya, untuk melakukan perkara dengan baik dan teratur, apa yang perlu anda cari adalah masa yang berkualiti, bukan masa yang banyak. Maksud masa yang berkualiti adalah masa dimana kita berada dalam keadaan terbaik untuk membuat sesuatu kerja. Ya, Masa dan Keadaan Kita sangat berkait rapat. Maka carilah masa yang berkualiti.


Biar saya berikan contoh dari pengalaman saya sendiri. Baru baru ini, saya cuba bekerja waktu malam dari pukul 10.00mlm hingga 7 pagi. Saya beranggapan, jika saya melakukan kerja pada waktu itu, internet laju. 3 malam berturut2 saya buat macam tu, Malam Berjaga Siang Tidur (macam burung Hantu) 

walaubagaimanapun, ia tidak jadi seperti yang diharapkan, kerana ketika membuat kerja, saya kerap mengantuk dan untuk buat satu banner kecil je pun dah 2 - 4 jam.Dan waktu tidur saya bertambah, penat jadi 2 kali ganda. Dan yang lebih tragis, bila saya balik kampung untuk membantu kenduri sepupu saya. 2 hari pertama saya habiskan dengan tidur. 


Dan, pada ketika itulah saya mula sedari tentang semua ini. Apa yang saya perlukan adalah Masa yang berkualiti, bukan masa yang banyak.


Bagaimana untuk mendapatkan masa yang berkualiti? Sebenarnya ia 100% bergantung kepada diri anda.


Berikut tips-tips yang ingin saya kongsi.


1. Pastikan anda jaga pemakanan.
2. Jangan Curi Waktu Tidur Anda. (ini sangat Penting!!!!) . Tidur Waktu Malam! Rekemen; 11 mlm-6pg)

3. Pastikan anda tidur secukupnya. 8 Jam sehari.
4. Banyak Makan Buah-Buahan/ Sayur dan Susu.
5. Sentiasa CERIA


6. Jika anda tidak berasa selesa@kurang senang/ Lesu. Jangan buat kerja. Pergi jalan2 atau senaman dulu. 


:)
Continue Reading

Thursday, November 26, 2009

Fokus!! Fokus !! Fokus!!!


Macam senang nak buat tapi sebenarnya sangat susah. 'Fokus' juga boleh dikatakan keyword terpenting dalam Perniagaan di Internet. "BEST SEO to IM". Kalau kita fokus, semua benda kita boleh buat. Betul x? Apa? X faham?

Biar saya terangkan, sebagai contoh, kekadang bila saya buka Firefox, saya rasa saya nak buat posting kt blog. Tiba tiba saya teringat nak checke-mel so saya buka yahoo saya. Wah ada email dari RAJAKAMIL, bercerita tentang buat duit di mudah.my.(MENARIKNYA!) Saya rasa tertarik dan terus ke mudah.my untuk try try . Saya pun mula memikirkan apalah yang saya dapat jual.Puas juga fikir sampai 2 Jam tapi masih tak dapat nk jual apa! Tiba-tiba saya nampak pula iklan tentang cetak tshirt, menarik juga ni. Saya pun bercadang nk buat baju untuk promosi bisnes internet saya. Wah ada katalog baju! Hurm banyak juga pilihan yang ada, rambang pulak mata..Belek punya belek, rasa mengantuk. Kemudian saya terus tidur.!

Sekarang anda faham apa maksud FOKUS? kalau anda berjaya untuk tidak klik pada link link yang saya bagi tadi maksudnya tahap FOKUS anda tinggi dan sebaliknya. :) Secara ringkasnya. Kalau kita tidak fokus, Susah untuk kita menyiapkan sesuatu. Susah untuk kita mencapai kejayaan. Lihat saja contoh cerita tadi. Saya TIDAK PUN BUAT PERKARA PERTAMA yang saya ingin buat,

Fikir-fikirkanlah
Continue Reading
 

FROM FADZRI's TABLE Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template