Saturday, January 16, 2010

KESINAMBUNGAN dalam perniagaan.



Seperti kata ilmuan terkenal, berniaga jika tidak mempunyai kesinambungan, maka ia bukanlah satu perniagaan.

Kesinambungan itu penting dalam perniagaan, tidak kisahlah perniagaan online ataupun offline. Kesinambunganlah kunci utama dan kebanyakan usahawan yang gagal adalah kerana mereka tidak berupaya untuk mencipta kesinambungan.

Apakah maksud semua ini? kesinambungan pada saya bermaksud bagaimana untuk kita mengekalkan rentak perniagaan kita. Contoh yang senang, hari ini kita mendapat tempahan 100 helai tshirt, kita amat gembira pada dan terlupa untuk membuat promosi pada hari ini.. lantas besoknya kita tidak dapat sebarang jualan. Bagi pekerja makan gaji, isu kesinambungan bukanlah perkara penting untuk mereka fikirkan, pastinya mereka tahu mereka akan mendapat bayaran yang sama setiap hari.

Bagi yang bekerja sendiri, jika hari ini kita dapat RM 50, besok belum tentu lagi untuk kita dapat jumlah yang sama kalau kita tidak pernah berfikir mengenai kesinambungan (pendapatan berterusan)yang dimaksudkan.

Cara untuk terus mengekalkan kesinambungan perniagaan satu satunya adalah promosi yang berkesan secara terus terusan. Semoga kita sama-sama berjaya menghadapi cabaran ini.
Continue Reading

Wednesday, January 6, 2010

Ke Ber Gan Tu Ngan (Kebergantungan)

Assalamualaikum,

Saya pasti bila masuk je tahun baru, smua orang akan menyimpan azam baru kan. Mcm2 didengar, nak lebih berjaya lah nak itu lah nak ini lah... syabas pada smua yang telah berjaya menyempurnakan azam tahun lepas. :)

Sejak kebelakangan ini saya ada terfikir pasal satu perkara ni.. ia basic tetapi sangat penting. Soal kebergantungan. Sejauh mana kita bergantung kepada suatu entiti yang lain. Saya bagi contoh:

1- Seorang anak yang bergantung kepada ibu bapanya/
2- Seoarang pelajar yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk ke sekolah.
3- Seorang pekerja yang bergantung kepada majikannya sebagai sumber kewangan.
dan
4- Seorang Usahawan Internet yang bergantung kepada saluran Internet untuk Menjalankan Perniagaan dan mencari Nafkah untuk keluarga.

Sangat jelas bahawa kita perlukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu dan meneruskan kehidupan. Kapal Layar pun perlukan angin untuk bergerak!


Saya bukannya nak terangkan pasal siapa bergantung pada apa atau siapa.
Saya cuma ingin bertanya beberapa soalan

1-apa akan berlaku jika apa atau siapa itu hilang secara tiba-tiba? 
2-Siapkah kita untuk menghadapinya?
3-Bagaimana? ada alternatif ?

Jadi Renung-renungkan lah dan fikir dengan dalam. Mungkin tidak sekarang tapi masa akan datang siapa tahu.
Continue Reading

Sunday, December 27, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!

Salam Sejahtera,
Seluruh warga kerja FADZRIDESIGN mengucapkan selamat tahun baru 2010 dan semoga tahun 2010 akan menjanjikan segala yang terbaik buat anda!

Untuk makluman, bermula Januari 2010, FD akan menawarkan beberapa perkhidmatan dan produk baru seperti design dan cetak bisnes kad, poster, paper bag, kad perkahwinan, brochure dan banyak lagi!

FD juga menawarkan lebih banyak diskaun dan ganjaran untuk anda nikmati.

Akhir kata, Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!
Continue Reading

Thursday, December 17, 2009

Mind To Manage

Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan, kita tidak perlu untuk tahu sepenuhnya mengenai perniagaan tersebut. Siapa yang menyokong perspektif saya?. Bagi saya, untuk berjaya dalam sesuatu bidang perniagaan, kita hanya perlu mengetahui asasnya sahaja. Yang paling penting adalah CARA PENGURUSAN anda.

Pernahkah anda sedar, sebagai contoh,seorang penjual telefon bimbit tidak pernah tahu untuk membuat telefon bimbit? Mungkinkah pengurusan atau bijak mencari peluang? dan lebih dari itu. Pemilik kedai telefon bimbit sendiri tidak pernah menjual telefon bimbit. Kenapa? kerana beliau menguruskan pekerjanya untuk menjual telefon bimbit terbabit. Tetapi yang kaya siapa? tentulah Pemilik Kedai itu. Jadi persoalannya anda hendak jadi siapa?

Pemilik Kedai atau Penjual Telefon Bimbit?
Continue Reading

Saturday, December 12, 2009

MASA yang berkualiti.


Salam Sejahtera.  Kali ini saya ingin berbicara mengenai masa.. dari perspektif saya. Anda boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang bakal saya bicarakan.

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu berada di dalam kerugian"- Sebegitu ia tercatat di dalam Al-Quran,

Ada orang yang mengejar masa, ada orang yang mencuri masa ada orang yang membuang masa. Masa, Masa Masa, Ia akan datang tetapi tidak akan kembali....Pergi, Pergi dan Pergi.

Bagi saya, MASA yang banyak itu tidak penting. Yang penting adalah MASA yang berkualiti. Pernahkah anda tersedar, kadang-kadang anda punyai banyak masa, anda menggunakan masa itu untuk membuat pelbagai perkara,  tetapi hasilnya kurang memuaskan dan tidak seperti yang diharapkan. Kenapa? bukankah anda punyai banyak masa untuk berfikir, mencuba dan membetulkan keadaan? kenapa masih tidak jadi seperti itu.

Sebenarnya, untuk melakukan perkara dengan baik dan teratur, apa yang perlu anda cari adalah masa yang berkualiti, bukan masa yang banyak. Maksud masa yang berkualiti adalah masa dimana kita berada dalam keadaan terbaik untuk membuat sesuatu kerja. Ya, Masa dan Keadaan Kita sangat berkait rapat. Maka carilah masa yang berkualiti.


Biar saya berikan contoh dari pengalaman saya sendiri. Baru baru ini, saya cuba bekerja waktu malam dari pukul 10.00mlm hingga 7 pagi. Saya beranggapan, jika saya melakukan kerja pada waktu itu, internet laju. 3 malam berturut2 saya buat macam tu, Malam Berjaga Siang Tidur (macam burung Hantu) 

walaubagaimanapun, ia tidak jadi seperti yang diharapkan, kerana ketika membuat kerja, saya kerap mengantuk dan untuk buat satu banner kecil je pun dah 2 - 4 jam.Dan waktu tidur saya bertambah, penat jadi 2 kali ganda. Dan yang lebih tragis, bila saya balik kampung untuk membantu kenduri sepupu saya. 2 hari pertama saya habiskan dengan tidur. 


Dan, pada ketika itulah saya mula sedari tentang semua ini. Apa yang saya perlukan adalah Masa yang berkualiti, bukan masa yang banyak.


Bagaimana untuk mendapatkan masa yang berkualiti? Sebenarnya ia 100% bergantung kepada diri anda.


Berikut tips-tips yang ingin saya kongsi.


1. Pastikan anda jaga pemakanan.
2. Jangan Curi Waktu Tidur Anda. (ini sangat Penting!!!!) . Tidur Waktu Malam! Rekemen; 11 mlm-6pg)

3. Pastikan anda tidur secukupnya. 8 Jam sehari.
4. Banyak Makan Buah-Buahan/ Sayur dan Susu.
5. Sentiasa CERIA


6. Jika anda tidak berasa selesa@kurang senang/ Lesu. Jangan buat kerja. Pergi jalan2 atau senaman dulu. 


:)
Continue Reading

Thursday, December 10, 2009

FD - Facebook Kini Dilancarkan! - Jom Connect!


Berita baik buat semua ahli facebook, FD kini mempunyai Fan Pages -nya yang tersendiri. Anda boleh menjadi ahli dengan melawat laman web rasmi FD ataupun FD on facebook ...
Saya (FD) sentiasa berusaha untuk dekat dengan anda dan memastikan anda selesa bersama saya dan FD fans adalah salah satu cara nya.

Diharap dengan kewujudan Aplikasi ini. FD akan lebih dikenali dan dekat dihati semua :)

FD : kami cetak & sulam tshirt , rekaan grafik (banner, ecover website dan lain2) , jual  produk internet ( VCC paypal & ebay), Juga menyediakan Pakej Perkahwinan (exclusive by Adnan Jaafar) dan lain lain.
Continue Reading

Back To Business!!


Alhamdulillah, setelah seminggu bercuti di kampung, akhirnya saya kembali ke KL dan menjalankan perniagaan/perkhidmatan saya seperti biasa. :) Seronok dapat bercuti di kampung, tambah lagi semua sanak saudara berkumpul. Dah ramai anak buah rupanya.. huhu  maklumlah usia sudah meningkat.Apa pun selamat pengantin baru buat Kak Ina n Abg Ijam!! Semoga kekal ke anak cucu dan dimurahkan rezeki. :)
Continue Reading

Tuesday, December 1, 2009

Besok Balik Kampung!

Yeay !! buat julung-julung kalinya saya balik kg. Hehe.. kali ini kerna sepupu saya kawin. Besok naik bas dengan adik, dalam pukul 5 pg sampai r kot...

7hb baru balik KL, cuti panjang la nampaknye. hiks.

Ini bermakna selama seminggu, tiada la pos baru. Harap korang bersabar dan mendoakan sy selamat pergi dan balik.
:)
Continue Reading

Monday, November 30, 2009

Cuit Cuit

Jiwang!
..........................................................................................
...........................................................................................
..........................................................................................
...........................................................................................
.......................copy link dibawah untuk berkongsi..............................


Continue Reading

Friday, November 27, 2009

Terima Kasih!!!!!

Jutaan Terima Kasih Sy ucapkan kepada semua yang telah menghantar UCAPAN BIRTHDAY!!!
Saya sangat menghargainya. Terharu sebab masih ramai yang ingat saya. :)

Ucapan pertama datang dari BONDA tercinta jam 10.30mlm (walaupun belum jam 12 tp die call awal sebab dah nk tidor). Terima kasih Mak. Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang Mak!.

Selepas tu sms, email dan mesej datang bertalu2.. ada yang berpantun, hadiah "lembu SMS", kupon dan macam2 lg. TQ Semua!

Sangat mengembirakan kerna sama tarikh dengan Hari Raya Haji. dan bermula lah dengan rasminya BLOG ini.
Continue Reading
 

FROM FADZRI's TABLE Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template